|
KINI
/ SEDIA ADA
Kit ini
adalah merupakan kit pengurusan jenazah yang paling lengkap boleh
didapati di pasaran. Merangkumi 21 item, ianya membolehkan dan memudahkan
sesiapa sahaja untuk menguruskan jenazah. Pengurusan jenazah akan
menjadi pantas dan bukanlah suatu prosedur yang rumit. Dengan adanya
Kit ini di pasaran, ianya akan membolehkan urusan pengurusan jenazah
menjadi lebih sistematik dan seragam.
AKAN DATANG
i) Van Jenazah - Lengkap dengan
pemandu yang akan membantu di dalam urusan pengebumian.
ii) Peralatan Memandikan Jenazah - Lengkap dengan bekas mandian
dan tirai penghadang.
iii) Peralatan Mengebumikan Jenazah - Dilengkapi dengan khemah,
bekas dan air mawar serta bunga-bungaan.
iv) Panel Pengurus Jenazah - Kifayah akan mempunyai panel pengurus
jenazah di setiap daerah di Malaysia. Perancangan jangka panjang
turut meliputi panel pengurus jenazah di setiap negara yang mempunyai
rakyat beragama Islam.
v) Tanah Perkuburan "Kifayah" - Diuruskan sepenuhnya oleh
Dunia Kifayah, lengkap dengan segala infrastruktur seperti Surau,
pejabat urusan Dunia Kifayah, tapak letak kereta dan khidmat "buggy".
Tanah Perkuburan ini akan dikawalselia dengan professional, lengkap
dengan kawalan pengawal keselamatan. Surau di dalam kawasan perkuburan
ini akan membacakan Yaasin dan tahlil pada setiap malam Jumaat,
khusus untuk arwah-arwah yang jasadnya dikebumikan di Tanah Perkuburan
Kifayah ini. Yang menariknya, ahli keluarga yang datang menziarah,
tidak perlu membawa air mawar dan bunga-bungaan, kerana ianya akan
disediakan oleh pihak pengurusan Dunia Kifayah. Apabila ianya menjadi
realiti, Tanah Perkuburan Kifayah ini akan menjadi "benchmark"
untuk diikuti oleh pengurusan tanah-tanah perkuburan lain di seluruh
negara. Oleh kerana keunikan dan perkhidmatan tambahan yang ditawarkan,
sejumlah kecil wang pentadbiran dan pengurusan akan dikenakan kepada
setiap tapak kubur. Apa yang ingin diketengahkan di sini bukanlah
untuk meraih keuntungan, tetapi lebih tertumpu kepada usaha untuk
menjadikan tanah perkuburan sebagai "mesra masyarakat dan persekitaran"
dan menepis tanggapan bahawa ianya sebagai kawasan keras, menyeramkan
dan sebagainya.
(*VISUAL PRODUK DUNIA KIFAYAH
)
|
|
|
|
|