Setiap yang hidup pasti akan mati. Begitulah hukum alam. Bagaimana dan bila datangnya ajal, yang pasti setiap kehidupan pasti ada pengakhirannya. Sebagai seorang yang beragama Islam, tidak kira umur, bangsa, jantina dan warna kulit, pengurusan jenazah adalah seragam dan berbentuk uniform. Terpanggil dengan senario tersebut, kami sebagai sebuah syarikat bumiputra, berbesar hati untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah secara menyeluruh, yang merangkumi khidmat nasihat, praktikal serta kit pengurusan jenazah yang dapat membantu di dalam melicinkan lagi proses tersebut. Perancangan pada masa hadapan turut meliputi penyediaan panel pengurus-pengurus jenazah di setiap daerah di Malaysia, van-van jenazah, peralatan pengurusan Jenazah, perkakasan ketika pengebumian serta perancangan untuk memiliki tanah perkuburan yang diurus secara professional.

Setelah melakukan banyak pemantauan serta kajian padang, kami berpendapat, urusan pengurusan jenazah ini masih dipelopori dan diserahkan kepada golongan veteran yang rata-ratanya sudah berumur. Sudah sepatutnya generasi muda tampil untuk mula mengambil peranan di dalam urusan pengurusan jenazah ini. Hasil pemantauan yang dilakukan juga turut meyakinkan kami bahawa, kecenderungan anak-anak untuk muda mengelak daripada mencuba ataupun melibatkan diri dalam proses ini adalah kerana tidak mempunyai ilmu, serta menganggap ianya fardu kifayah yang sepatutnya dilakukan oleh orang lain.

Selain itu, hasil pemantauan turut berjaya mengesan kepincangan di dalam hal ehwal pengurusan jenazah ini. Hal tersebut ialah ketidak seragaman di dalam bahan yang digunakan untuk proses menguruskan jenazah. Oleh yang demikian, setelah membuat rujukan dan mendapatkan khidmat nasihat daripada golongan ilmuan agama, kami berbesar hati untuk menawarkan produk Kit Pengurusan Jenazah kami yang serba lengkap bagi memudahkan serta menyeragamkan lagi cara jenazah diuruskan.

Bukan hanya bertujuan serta berorientasikan keuntungan, kehadiran produk kami ini diharapkan dapat menanamkan kesedaran serta membolehkan sesiapa sahaja agar berupaya untuk menguruskan jenazah tidak kira di mana mereka berada. Asalkan Kit ini ada bersama mereka, urusan pengurusan jenazah akan menjadi licin, tertib serta teratur.


pengenalan